Isnin, 14 September 2015

AKTIVITI TAHUN 6 SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR 2015

Guru-guru mengadakan aktiviti-aktiviti di surau sekolah bagi memenuhi masa terluang untuk Tahun 6 selepas menghadapi peperiksaan UPSR. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari ini seperti, Khatam Al-Quran, kem akhil baligh, solat Dhuha, dan juga mempelajari cara bertayamum.




































Ahad, 13 September 2015

LAWATAN KE MUZIUM PADI DAN PETROSAINS (10.9.2015)

Lawatan ke Muzium Padi dan Petrosains diadakan pada hari Khamis(10.9.2015) bagi memberi peluang kepada pelajar mendalami alam sains. Seramai 125 orang pelajar dan 6 orang guru menyertai lawatan tersebut. Bertolak pada jam 9.00pagi dari sekolah terus ke Muzium Padi. Tiba disana pada jam 10pagi. Pelajar diberi peluang melawat kawasan muzium kemudian sarapan pada jam 10.30. Kemudian pelajar berjalan kaki ke Petrosains yang bersebelahan dengan Muzium Padi jam 11.15. Tiba disana pelajar dapat mendalami dan mempelajari suasana sains yang sebenar. Pada jam 12.30, pelajar bergerak pulang ke sekolah. tiba di sekolah pada jam 1 Tengahari.